30 January, 2010
Nilai kasih sayang dlm keluarga
KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.
Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.
Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (Al Nisa': 1). Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.
Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.
Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.
Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya.
Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang.
Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi.
Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya.
Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: "Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).
Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya - (An Nisa' : 34).
Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: "mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka" (Al-Baqarah : 187).
Perkataan "pakaian" dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.
Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.
Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.
Labels:
pendidikan
28 January, 2010
Petua sihat lelaki
Dalam penjagaan kesihatan, terutama berkenaan tenaga batin, masih terdapat segelintir lelaki yg tidak mengambil berat dan memandang remeh perkara ini. Mungkin ramai lelaki yg tidak mengetahui bahawa tabiat biasa yg sering dilakukan memberi kesan terhadap keupayaan mereka. Sesetengah membawa kesan serta merta dan ada yg mengambil masa panjang. Pelbagai petua dan pantang larang telah diajarkan oleh orang2 tua Melayu bagi menjaga kesihatan batin ini. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. Di sini diperturunkan beberapa petua lama yg berguna.
. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.
.Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).
. Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
. Elakka minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.
. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
. Kurangkan dari memakan pisang Embun.
. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar
. Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.
. Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.
. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.
. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
Labels:
pendidikan
27 January, 2010
Menghindari kedinginan sex suami
Bukan semua lelaki sentiasa bersedia maupun berupaya utk melakukan seks setiap kali diminta oleh isterinya. Lelaki akan cukup bertindakbalas dan menegangkan penisnya sewaktu dirinya benar2 bersedia. Sebagai isteri anda juga perlu memahami situasi suami sekiranya anda dapati ada sesekali kemampuannya tidak seperti yg diingini. Lelaki akan cuba bertindakbalas sekiranya:
- Dia tidak terlalu penat
- Dia dalam keadaan yg selesa iaitu tidak menghadapi sebarang penyakit seperti
sakit kepala atau pun sakit pinggang.
- Emosinya stabil dan tidak terganggu.
- Dia tidak berada dalam situasi seperti marah, risau, kecewa dan rendah diri.
- Dia tertarik dengan penampilan anda pada malam itu. Tidak wujud perasaan
mengenai kemampuannya dalam bersenggama.
- Tidak wujud tekanan dalam perhubungan, contohnya pertengkaran.
- Tiada gangguan persekitaran seperti tiada gangguan telefon ataupun didengari
oleh orang berhampiran.
- Tidak mengambil dadah atau minum arak berlebihan. Lelaki yg mempunyai
masalah zakar kurang tegang perlu menjauhi diri daripada arak dan dadah.
Labels:
pendidikan
26 January, 2010
Petua anak bijak bhg,2
16.BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi
semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita
jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai
membantunya belajar bahasa.
17.MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat
membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh
hilang dan muncul kembali.
18.JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari
dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa
muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak
meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19.MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari
objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau
menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna
untuk anda pula mencarinya.
20.BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak
sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang
berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau
cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka
deria rasanya.
21.ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang
mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri
kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia
sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia
beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di
bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya
sendiri.
22.BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan
bunyian aneh yang anda buat.
23.LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan
sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut
dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24.BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan
meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai
dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak
merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25.IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin
suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar
mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh,
merangkak secara terbalik atau ketawa.
26.BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh
hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya.
Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik
ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke
empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak
kembali meneka.
27.RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah
dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain,
daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan
tersebut.
28.CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng
kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak
supaya dia seronok.
29.BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam
cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan
budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang
lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30.(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya
dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada
dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan,
contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan
boleh berlatih menghafal nama warna.
31.GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit,
mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32.JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan
biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih
murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih
menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan
kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33.KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak
anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau
jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan
mengikut anda.
34.GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala
gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis
soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak
makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit
(“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35.TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan
drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV,
walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
Labels:
pendidikan
25 January, 2010
Petua anak bijak,bhg 1
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama
kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda
tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas
untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik
baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama.
..jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.Namun,
kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk
merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur
malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan
sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1) BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas
dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di
awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia
merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2) BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda
dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di
antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan,dia
akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang
anda biarkan senyap tadi.
3) JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama
mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah,
kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya.
Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan
hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4) JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir
semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia
menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5) HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah
gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan.
Kemudian,'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan
yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6) GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya.
Ketawa,merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.
Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat
mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7) TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-
12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya
lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya
ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat
kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat
membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan
apabila dia besar kelak.
8) BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam
pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua
perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu"
atau"Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk
membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9) NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu
yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar
lampin,tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau
Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma
muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10) GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan
waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau
pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11) SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur
yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahanlahan
sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil
bercerita bagaimana rasanya.
12) PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari
dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warnawarna
yang ada di sana menghiburkan bayi.
13) BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata "Mak nak buka lampu
ni,"sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14) BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup
muka,tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat
corak dan lihat reaksinya.
15) SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan
sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria
yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan
biarkan dia mencari.
Labels:
pendidikan
24 January, 2010
Pengaruh Keluarga
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:
v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.
PENGARUH TADIKA
Keadaan Bilik Darjah
Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.
Guru
Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.
Disiplin
Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.
PENGARUH FIZIKAL
Keletihan
Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan
Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.
Penyakit
Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.
Labels:
pendidikan
23 January, 2010
Cinta dan Pernikahan
Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya?
Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting
yang kamu anggap paling menakjubkan, artinyakamu telah menemukan cinta".
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"
Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"
Gurunya kemudian menjawab "Jadi ya itulah cinta"
Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?"
Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan saja. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.
Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"
Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"
Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"
************ ********* *****
CATATAN - KECIL :
Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka yang didapat adalah kehampaan... tiada sesuatupun yang didapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur.
Terimalah cinta apa adanya.
Perkawinan adalah kelanjutan dari Cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya, Ketika kesempurnaan ingin kau dapatkan, maka sia2lah waktumu dalam mendapatkan perkawinan itu, karena, sebenarnya kesempurnaan itu hampa adanya.
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Ruum : 21)
Semoga kita menjadi bagian dari kaum-kaum yang berfikir tersebut.
************ *****
Memutuskan Untuk Menikah
Berikut Janji Allah bagi orang yang akan menikah sebagaimana kami kutip dari sebuah sumber di internet. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang ragu untuk menikah.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"(An Nuur : 26)
Dikatakan, jika kita ingin mendapat jodoh yang baik, maka hal pertama yang harus dilakukan adalah memperbaiki diri. Semoga masing-masing dari kita mendapatkan yang terbaik dari Allah SWT.
"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (An Nuur: 32).
Amiin.. semoga Allah memberi jalan keluar kepada kita yang berniat menikah atas kesulitan yang tengah kita hadapi (melalui usaha yang maksimal tentunya).
"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya" (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Dikatakan, bagi siapa saja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah SWT.
"Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) karena silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu dibarakahi-Nya, Siapa yang menikahi seorang wanita karena kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, Siapa yang menikahinya karena kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan, Siapa yang menikahi wanita karena bagus nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan padanya, Namun siapa yang menikah hanya karena ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau karena ingin mempererat kasih sayang, Allah senantiasa memberi barakah dan menambah kebarakahan itu padanya."(HR. Thabrani).
Labels:
pendidikan
21 January, 2010
Membantu pasangan utk hamil
Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Anda mungkin
pernah mendengar perbagai andaian mengenai perkara ini. Ada yang menyarankan
kedudukan yang betul ketika perhubungan badan. Ada juga minta wanita mengatur jadual
mengikut kedatangan haid dan pelbagai lagi cara yang di anjurkan bagi meningkatkan
kemungkinan untuk hamil. Terutama kepada pasangan yang sudah agak lama
berumahtangga tapi belum mendapatkan cahaya mata.
Tetapi adakah apa yang dianjurkan itu semua betul dan tepat? Sebelum mencuba segala
petua yang anda dengar itu, sebaik-baiknya, ketahui dahulu bagaimana proses kehamilan
itu terjadi.
Beberapa Tip untuk Hamil
pilih waktu yang baik
Perkara terpenting adalah mengetahui waktu paling baik untuk terjadinya pembuahan
bagi seorang wanita. Waktu terbaik adalah ketika masa subur atau waktu ovulasi.
Anda boleh mengetahui waktu subur ini melalui kelendar kedatangan haid anda. Atau
boleh ke klinik wanita untuk meminta saranan mengenai perkiraan waktu subur anda.
Yang Perlu diberi perhatian adalah telur yang matang hanya hidup 24 jam sementara
sperma hidup 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu melakukan hubungan seksual
sebelum waktu ovulasi atau pembuahan lebih baik bagi meningkatkan kehamilan
daripada sehari atau dua hari selepas waktu pembuahan.
Kedudukan hubungan seksual
Kedudukan atau posisi seks yang dianjurkan untuk meningkatkan kemungkinan
terjadinya kehamilan adalah lelaki di atas dan wanita di bawah.
Frekunsi Hubungan Seksual
Frekunsi atau beberapa kerap mahu melakukan hubungan seksual bergantung kepada
pasangan itu sendiri. Tiada ada angka khusus yang boleh memastikan beberapa kali
seseorang itu harus berhubungan seks bagi mendapatkan kehamilan. Ada wanita yang
hamil hanya dengan sekali hubungan sahaja dan ada juga yang memerlukan masa lebih
lama baru berjaya hamil. Yang terpenting berapa kerap anda melakukan hubungan
seksual pada waktu yang tepat?
Nikmati proses hubungan seksual anda
Kajian menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme (kemuncak),
vagina akan membentuk suasana alkaline. Keadaan ini amat di sukai sperma daripada
keadaan normal vagina yang berbentuk asam (asid). Jika anda mencapai orgasme pada
masa yang bersamaan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan
sperma untuk selamat sampai di servik lebih meningkat.
Jangan Banyak Bergerak?
Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa setelah berhubungan seks, wanita yang ingin
hamil, tidak boleh bergerak yakni harus tetap di tempat tidur dengan kaki atau punggung
dalam kedudukan lebih tinggi. Ini kerana sebenarnya sperma sudah pun berada di dalam
servik sebaik sahaja lelaki ejakulasi.
Tidak ada pakar yang tetap menganjurkan agar memberi ruang waktu sebentar untuk
sperma berenang ke servik dan menyangga punggung dengan sebiji bantal sepanjang
tempoh perhubungan seks.
Yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan vagina selepas perhubungan seks,
elakkan daripada menggunakan cairan pembersih vagina, kerana cairan pembersih vagina
bersifat toksid kepada sperma.
Informasi pada suami
Para suami sebaik-baiknya mengelakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau
mandi air panas. Perkara ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan disebabkan
proses penekanan atau panas di daerah testis (pembentuk sperma).
Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah perkara yang penting. Pastikan tubuh anda cukup khasiat dan
zat. Ingat bahawa wanita yang sihat akan mudah hamil daripada wanita yang mempunyai
berat badan yang berlebihan atau berkurangan.
Tips-tips yang diberikan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan
untuk hamil. Ingatlah kebanyakan sperma ketika masuk ke saluran dan telur yang matang
serta sedia untuk dibuahi. Hanya 30% sahaja yang mempunyai hasil ujian kehamilan
positif. Selebihnya 70% lagi walaupun melakukan semua saranan yang diberikan dengan
betul, tapi masih belum tentu akan berjaya. Ada pasangan perlu menunggu lebih lama
dan mencuba berkali-kali. Sekiranya anda sudah melakukan segalanya selama satu tahun
tetapi masih belum hamil, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari pakar dengan segera.
Labels:
pendidikan
18 January, 2010
70 petua memenangi hati isteri
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi
hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah
mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa
mahukan perhatian.
Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita
ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya
yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan
hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil
berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda
tanpa berdolak-dalik.
Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil
untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda
akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan
berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia
perlukan.
Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal
mendirikan rumahtangga :
1) ! Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum
anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan
anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan
kepadanya.
4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi
tunjukkan sifat memahami anda.
5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu
dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bilabila
masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang
bermakna.
7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum
itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya
pula apakah yang hendak buat.
8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.
10) Akui perasaannya bila dia merasa marah.
Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak
kelam kabut membuat persediaan.
12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia
dan beritahu dia tentang hal itu.
13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan
jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa
simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak
tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan
bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu
bukan salah anda.
16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan
sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17) Sekiranya! perasaan anda telah reda dan anda pulang ke
rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan
anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia
perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan
biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan
buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup
TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali
bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia
letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja
membasuh yang sukar.
21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia
hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan
beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang
yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu
subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu
yang terluang.
25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau
kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta
padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.
27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan
tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik
sampah dalam tong tu.
28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu
anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
29) Basuhkan kereta yang dipakainya.
30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum
jima' jik! a itu yang dia suka.
31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda
menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan
caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,
tengkuk dan kakinya.
33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan
bertujuan untuk jima'.
34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda.
Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau
melihat jam.
35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di
khalayak ramai.
36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.
37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka
agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang
gemar.
38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan
padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat
yang dia suka pe! rgi, selama mana tempat itu adalah tempat
yang baik atau diharuskan.
40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian
bersama-sama.
41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya.
42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang
lain ketika anda berada di khalayak ramai.
43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan
anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian
anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada
mereka.
44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.
46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di
tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan
sesuatu yang romantik.
48) Biar dia tahu bah! awa anda bawa gambarya dalam dompet
anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah
sampai masanya.
49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah
dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya
dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen
yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya
gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh
tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya
dan sebaliknya.
51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu
arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah
kepada anda.
52) Solat bersama dan berdoa bersama.
53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awalawal
dahulu.
55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan
anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri
melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan
baik.
56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik
minatnya.
57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang
anda terima melalui telefon.
58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa
barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan
yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang
hendak dibawa di kereta.
59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.
60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia
dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada
buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke
kamar seiring dengannya.
63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selam! at
tinggal bila anda mahu keluar rumah.
64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya
bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda
juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan
berat sebelah.
68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa
anda rindu padanya.
69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.
~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "
Labels:
pendidikan
17 January, 2010
TATACARA TIDUR
1. Jangan Terlalu Kenyang
Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan
makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok
untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat
berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur
2. Berwuduk
Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan
diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat
menyukai orang yang selalu berwuduk.
3. Mengingati Kesilapan
Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan
semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi
tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus
mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara
yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi.
Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.
4. Mahu Bangun Awal
Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris
dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah,
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-
Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu
bangun awal.
5. Membaca Doa
Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu:
Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati."
Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya
menghadapkan muka ke kiblat.
6. Bangun Pagi
Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji
kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula
doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami
akan dibangkitkan."
7. Niat Yang Baik
Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyakbanyaknya
pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat
yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.
Labels:
kesihatan
16 January, 2010
tips cinta suami isteri
kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah
rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari
kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta
bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau
geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
Labels:
pendidikan
15 January, 2010
pesanan buat isteri
i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
Keterangan:..................................
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan
pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya
dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:...................................
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh
kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami
pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.
iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan
oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)
Keterangan:...................................
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di
mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan rumahtangga yang
sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak
mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.
iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan
dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:..................................
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu
pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri
janganlah menafikan martabat suamimu itu.
2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:
" Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burungburung
di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam
keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia
mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi."
3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam
kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap
suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya
dengan sebahagian mukanya."
5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan
tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali."
6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'Tidak
pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya".
Keterangan:................................
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah,
melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si
isteri.
7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai
daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya."
Keterangan:.......................................
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab
tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang
isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"
Keterangan:.......................................
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi
kemudiannya diungkiti.
Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan
yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.
9 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri
pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan
tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga
dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan
kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga
tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."
Keterangan:.....................................
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.
11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: "Sesungguhnya
putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri
terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia
dikahwinkan."
Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung
suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap
suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku
perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."
Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia
ini masih ada"
12 Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap
ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta
untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh
menolaknya.
13 Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak.
Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk
suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika
saranannya tidak dipersetujui.
15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.
16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.
17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah,
apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan
mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungaisungainya
dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi
sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"
19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan
keampunan baginya oleh para malaikat.
20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
Keterangan:.....................................
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak
22 Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, megipas dan
lain-lain.
Labels:
pendidikan
14 January, 2010
15 RAHSIA SENYUM & TAWA(PENAWAR PENYAKIT)
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.
Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.
Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.
15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
Labels:
pendidikan
11 January, 2010
kesilapan ibu bapa
1.Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2.Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai
zuriat
3.Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4.Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5.Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan
kepada anak-anak
6.Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7.Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang
tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anakanak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anakanak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anakanak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Labels:
pendidikan
06 January, 2010
Ciri-ciri orang yang menyintai
1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai
kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu
bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu
yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan
atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari
minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan
menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui
bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya
kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan
bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan
mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu
kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau
sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu
kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan
bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk
memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang
istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon
dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin
menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya
kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa
pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti
menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk
mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg
membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan
kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan
dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2
bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan
menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di
sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan
menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup.
Labels:
pendidikan
02 January, 2010
mendidik anak
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif? Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah? Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan. Jadikan contoh Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi. Mendisiplinkan anak Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya. Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak. Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar. Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah? Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan. Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda
Memahami anak Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah? Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan. Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda
Labels:
pendidikan
Subscribe to:
Posts (Atom)
















