26 January, 2010

Petua anak bijak bhg,2



16.BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi

semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita

jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai

membantunya belajar bahasa.

17.MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat

membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh

hilang dan muncul kembali.

18.JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari

dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa

muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak

meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19.MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari

objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau

menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna

untuk anda pula mencarinya.

20.BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak

sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang

berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau

cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka

deria rasanya.

21.ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang

mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri

kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia

sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia

beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di

bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya

sendiri.

22.BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan

bunyian aneh yang anda buat.

23.LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan

sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut

dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24.BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan

meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai

dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak

merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25.IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin

suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar

mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh,

merangkak secara terbalik atau ketawa.

26.BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh

hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya.

Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik

ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke

empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak

kembali meneka.

27.RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah

dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain,

daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan

tersebut.

28.CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng

kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak

supaya dia seronok.

29.BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam

cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan

budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang

lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30.(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya

dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada

dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan,

contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan

boleh berlatih menghafal nama warna.

31.GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit,

mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32.JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan

biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih

murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih

menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan

kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33.KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak

anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau

jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan

mengikut anda.

34.GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala

gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis

soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak

makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit

(“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35.TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan

drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV,

walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

No comments:

 

garis-garis kehidupan © 2008 . Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner
garis-garis kehidupan