16 January, 2010

tips cinta suami isteri



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat
     kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah
    rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
    sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
    dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
    keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
    pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari
    kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
    meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
    hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
    berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
      sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
      usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
      mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta
      bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau
      geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
      tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
      pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
      kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


No comments:

 

garis-garis kehidupan © 2008 . Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner
garis-garis kehidupan