25 January, 2010

Petua anak bijak,bhg 1



    Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama

kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda

tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas

untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik

baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama.

..jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.Namun,

kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk

merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur

malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan

sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1) BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas

dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di

awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia

merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2) BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda

dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di

antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan,dia

akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang

anda biarkan senyap tadi.

3) JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama

mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah,

kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya.

Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan

hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4) JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir

semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia

menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5) HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah

gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan.

Kemudian,'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan

yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6) GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya.

Ketawa,merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.

Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat

mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7) TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-

12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya

lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya

ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat

kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat

membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan

apabila dia besar kelak.

8) BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam

pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua

perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu"

atau"Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk

membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9) NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu

yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar

lampin,tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau

Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma

muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10) GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan

waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau

pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11) SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur

yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahanlahan

sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil

bercerita bagaimana rasanya.

12) PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari

dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warnawarna

yang ada di sana menghiburkan bayi.

13) BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata "Mak nak buka lampu

ni,"sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14) BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup

muka,tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat

corak dan lihat reaksinya.

15) SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan

sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria

yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan

biarkan dia mencari.

No comments:

 

garis-garis kehidupan © 2008 . Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner
garis-garis kehidupan