18 January, 2010
70 petua memenangi hati isteri
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi
hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah
mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa
mahukan perhatian.
Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita
ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya
yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan
hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil
berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda
tanpa berdolak-dalik.
Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil
untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda
akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan
berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia
perlukan.
Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal
mendirikan rumahtangga :
1) ! Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum
anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan
anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan
kepadanya.
4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi
tunjukkan sifat memahami anda.
5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu
dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bilabila
masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang
bermakna.
7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum
itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya
pula apakah yang hendak buat.
8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.
10) Akui perasaannya bila dia merasa marah.
Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak
kelam kabut membuat persediaan.
12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia
dan beritahu dia tentang hal itu.
13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan
jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa
simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak
tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan
bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu
bukan salah anda.
16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan
sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17) Sekiranya! perasaan anda telah reda dan anda pulang ke
rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan
anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia
perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan
biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan
buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup
TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali
bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia
letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja
membasuh yang sukar.
21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia
hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan
beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang
yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu
subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu
yang terluang.
25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau
kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta
padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.
27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan
tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik
sampah dalam tong tu.
28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu
anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
29) Basuhkan kereta yang dipakainya.
30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum
jima' jik! a itu yang dia suka.
31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda
menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan
caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,
tengkuk dan kakinya.
33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan
bertujuan untuk jima'.
34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda.
Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau
melihat jam.
35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di
khalayak ramai.
36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.
37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka
agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang
gemar.
38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan
padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat
yang dia suka pe! rgi, selama mana tempat itu adalah tempat
yang baik atau diharuskan.
40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian
bersama-sama.
41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya.
42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang
lain ketika anda berada di khalayak ramai.
43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan
anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian
anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada
mereka.
44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.
46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di
tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan
sesuatu yang romantik.
48) Biar dia tahu bah! awa anda bawa gambarya dalam dompet
anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah
sampai masanya.
49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah
dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya
dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen
yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya
gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh
tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya
dan sebaliknya.
51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu
arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah
kepada anda.
52) Solat bersama dan berdoa bersama.
53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awalawal
dahulu.
55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan
anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri
melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan
baik.
56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik
minatnya.
57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang
anda terima melalui telefon.
58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa
barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan
yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang
hendak dibawa di kereta.
59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.
60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia
dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada
buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke
kamar seiring dengannya.
63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selam! at
tinggal bila anda mahu keluar rumah.
64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya
bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda
juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan
berat sebelah.
68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa
anda rindu padanya.
69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.
~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "
Labels:
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment