21 January, 2010
Membantu pasangan utk hamil
Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Anda mungkin
pernah mendengar perbagai andaian mengenai perkara ini. Ada yang menyarankan
kedudukan yang betul ketika perhubungan badan. Ada juga minta wanita mengatur jadual
mengikut kedatangan haid dan pelbagai lagi cara yang di anjurkan bagi meningkatkan
kemungkinan untuk hamil. Terutama kepada pasangan yang sudah agak lama
berumahtangga tapi belum mendapatkan cahaya mata.
Tetapi adakah apa yang dianjurkan itu semua betul dan tepat? Sebelum mencuba segala
petua yang anda dengar itu, sebaik-baiknya, ketahui dahulu bagaimana proses kehamilan
itu terjadi.
Beberapa Tip untuk Hamil
pilih waktu yang baik
Perkara terpenting adalah mengetahui waktu paling baik untuk terjadinya pembuahan
bagi seorang wanita. Waktu terbaik adalah ketika masa subur atau waktu ovulasi.
Anda boleh mengetahui waktu subur ini melalui kelendar kedatangan haid anda. Atau
boleh ke klinik wanita untuk meminta saranan mengenai perkiraan waktu subur anda.
Yang Perlu diberi perhatian adalah telur yang matang hanya hidup 24 jam sementara
sperma hidup 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu melakukan hubungan seksual
sebelum waktu ovulasi atau pembuahan lebih baik bagi meningkatkan kehamilan
daripada sehari atau dua hari selepas waktu pembuahan.
Kedudukan hubungan seksual
Kedudukan atau posisi seks yang dianjurkan untuk meningkatkan kemungkinan
terjadinya kehamilan adalah lelaki di atas dan wanita di bawah.
Frekunsi Hubungan Seksual
Frekunsi atau beberapa kerap mahu melakukan hubungan seksual bergantung kepada
pasangan itu sendiri. Tiada ada angka khusus yang boleh memastikan beberapa kali
seseorang itu harus berhubungan seks bagi mendapatkan kehamilan. Ada wanita yang
hamil hanya dengan sekali hubungan sahaja dan ada juga yang memerlukan masa lebih
lama baru berjaya hamil. Yang terpenting berapa kerap anda melakukan hubungan
seksual pada waktu yang tepat?
Nikmati proses hubungan seksual anda
Kajian menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme (kemuncak),
vagina akan membentuk suasana alkaline. Keadaan ini amat di sukai sperma daripada
keadaan normal vagina yang berbentuk asam (asid). Jika anda mencapai orgasme pada
masa yang bersamaan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan
sperma untuk selamat sampai di servik lebih meningkat.
Jangan Banyak Bergerak?
Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa setelah berhubungan seks, wanita yang ingin
hamil, tidak boleh bergerak yakni harus tetap di tempat tidur dengan kaki atau punggung
dalam kedudukan lebih tinggi. Ini kerana sebenarnya sperma sudah pun berada di dalam
servik sebaik sahaja lelaki ejakulasi.
Tidak ada pakar yang tetap menganjurkan agar memberi ruang waktu sebentar untuk
sperma berenang ke servik dan menyangga punggung dengan sebiji bantal sepanjang
tempoh perhubungan seks.
Yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan vagina selepas perhubungan seks,
elakkan daripada menggunakan cairan pembersih vagina, kerana cairan pembersih vagina
bersifat toksid kepada sperma.
Informasi pada suami
Para suami sebaik-baiknya mengelakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau
mandi air panas. Perkara ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan disebabkan
proses penekanan atau panas di daerah testis (pembentuk sperma).
Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah perkara yang penting. Pastikan tubuh anda cukup khasiat dan
zat. Ingat bahawa wanita yang sihat akan mudah hamil daripada wanita yang mempunyai
berat badan yang berlebihan atau berkurangan.
Tips-tips yang diberikan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan
untuk hamil. Ingatlah kebanyakan sperma ketika masuk ke saluran dan telur yang matang
serta sedia untuk dibuahi. Hanya 30% sahaja yang mempunyai hasil ujian kehamilan
positif. Selebihnya 70% lagi walaupun melakukan semua saranan yang diberikan dengan
betul, tapi masih belum tentu akan berjaya. Ada pasangan perlu menunggu lebih lama
dan mencuba berkali-kali. Sekiranya anda sudah melakukan segalanya selama satu tahun
tetapi masih belum hamil, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari pakar dengan segera.
Labels:
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment