17 January, 2010

TATACARA TIDUR




1. Jangan Terlalu Kenyang


Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan

makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok

untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat

berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur

2. Berwuduk

Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan

diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat

menyukai orang yang selalu berwuduk.

3. Mengingati Kesilapan

Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan

semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi

tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus

mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara

yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi.

Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.

4. Mahu Bangun Awal

Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris

dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah,

Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-

Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu

bangun awal.

5. Membaca Doa

Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu:

Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati."

Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya

menghadapkan muka ke kiblat.

6. Bangun Pagi

Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji

kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula

doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah

menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami

akan dibangkitkan."

7. Niat Yang Baik

Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyakbanyaknya

pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat

yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.

No comments:

 

garis-garis kehidupan © 2008 . Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner
garis-garis kehidupan